top of page

Kunjungan PM bertemu pengurusan ADIA kukuh kerjasama pelaburan



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama pelaburan berkualiti tinggi melalui hubungan strategik dengan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui kepimpinan tertinggi mereka semalam di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hubungan itu sekali gus memperkukuhkan daya saing ekonomi, mencipta peluang pekerjaan baharu dan merancakkan pembangunan ekonomi negara.


"Pertemuan di Abu Dhabi ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama pelaburan strategik antara Malaysia dan UAE.


"Dalam pertemuan ini, kami berbincang bersama H.H. Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan, Pengarah Urusan ADIA serta barisan kepimpinan lain seperti H.E. Mr. Khalil Foulathi dan Mr Mohamed Al Ameri, yang menyatakan minat mendalam terhadap peluang pelaburan di Malaysia.


"Sebagai pelabur global berimpak tinggi, ADIA memainkan peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan, tenaga, dan banyak lagi di peringkat global.


"Antara pelaburan utama mereka di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di UK dan Perancis, Pelabuhan Khalifa di UAE serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat," kata beliau dalam satu kenyataan di media sosial.


Di Malaysia pula, menurut Tengku Zafrul, komitmen ADIA terserlah menerusi pelaburan yang selaras dengan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) dan rangka kerja Ekonomi MADANI.


Ujarnya, antara sumbangan penting mereka termasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara.


"Di dalam perbincangan tersebut juga, ADIA yang telah sekian lama melabur di Malaysia memberi komitmen untuk terus mempertingkat dan memberi tumpuan utama dalam mencipta nilai yang lebih besar untuk memastikan kejayaan pelaburan-pelaburan di Malaysia di pelbagai sektor termasuk dalam transformasi MAHB.


"Ini jelas menunjukkan keyakinan kukuh terhadap dasar-dasar Kerajaan yang mesra pelabur yang akan memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang," katanya lagi.


Untuk rekod, ADIA merupakan dana pelaburan terbesar di UAE, salah satu dana kekayaan terbesar dunia dengan aset dianggarkan melebihi AS$1 trilion dan aktif melabur di negara barat dan negara Islam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page