top of page

Kunjungan Duta Indonesia: Malaysia bincang isu tenaga kerja



Perbincangan mengenai kaedah untuk mempertingkatkan kerjasama perburuhan khususnya dari Indonesia dalam usaha memberikan perlindungan kepada tenaga kerja tersebut telah diadakan.


Menurut Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, perbincangan awal dilakukan bersama dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono ketika kunjungan hormat duta itu di Kementerian Sumber Manusia (KSM) semalam.


Tenaga kerja Indonesia merupakan antara isu utama hubungan dua hala yang kemudian akan menjadi agenda peringkat tertinggi kedua dua negara semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada 8 dan 9 Januari ini.


"Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Republik Indonesia kelak diharap akan memperkukuh kerjasama sedia ada antara kedua negara dalam pelbagai bidang khususnya sektor perburuhan," kata Sivakumar dalam satu kenyataan.


KSM sebelum ini memaklumkan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan platform Mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk membincangkan mengenai isu pembantu domestik Indonesia (PDI) secara berkala.


"Malaysia komited untuk melaksanakan Sistem Satu Saluran (OCS) sebagai platform tunggal bagi kemasukan pekerja domestik Indonesia ke negara ini bagi mengelak kemasukan melalui saluran lain yang boleh menjurus kepada pekerja tersebut menjadi mangsa eksploitasi buruh," menurut KSM.


Setakat 30 November 2022 terdapat seramai 376,256 pekerja warga Indonesia di Malaysia.


Kedua-dua negara menjalin hubungan perburuhan menerusi dua memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan pengambilan pekerja warga Indonesia bagi sektor formal dan sektor pekerja domestik.


MoU bagi sektor formal dimeterai kedua negara pada 10 Mei 2004 manakala bagi sektor pekerja domestik pula pada 1 April 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page