top of page

Kunjungan delegasi Taliban: Malaysia amal sikap terbuka dalam diplomatik



Kunjungan delagasi Taliban, Afghanistan ke Malaysia baru baru ini yang mencetuskan komen Pengerusi DAP, Lim Guan Eng tidak bertentangan dengan dasar keterbukaan diplomatik dan sikap berkecuali negara.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar, sebagai sebuah negara yang komited kepada diplomasi konstruktif, Malaysia perlu meletakkan konteks yang tepat terhadap hubungan seperti itu berdasarkan rangka kerja dasar luar dan bukan kerangka sokongan ideologi politik.


"Malaysia mempunyai tradisi yang panjang dalam berinteraksi dengan negara-negara yang memiliki spektrum politik berbeza, termasuk autokrasi, komunis, dan model tadbir urus yang berbeza.


"Interaksi ini mencerminkan kedudukan Malaysia sebagai negara neutral dan inklusif yang terbuka untuk berdialog dengan semua pihak demi memupuk keamanan dan rasa hormat bersama," kata Sangetha dalam kenyataan.


Tambah beliau, dunia telah mengakui Taliban kini merupakan kerajaan de facto Afghanistan.


Oleh itu, Malaysia, sebagai anggota bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, mematuhi norma diplomatik terutama hubungan kerajaan-dengan-kerajaan (G2G).


Katanya melalui hubungan itu membolehkan komunikasi terbuka, pemahaman bersama, dan ruang untuk dialog konstruktif , khususnya dalam isu-isu penting seperti pendidikan manusiawi, bantuan kemanusiaan dan hak wanita dilakukan dengan negara konservatif berkenaan.


"Dengan menganjurkan perbincangan bersama wakil Afghanistan, Malaysia berpeluang berkongsi nilai-nilai kesederhanaan, inklusiviti dan kemajuan dalam bidang seperti pendidikan dan kesetaraan gender.


"Platform sebegini boleh menyemai benih reformasi serta menunjukkan alternatif dalam menghormati kepelbagaian dan memperkasakan wanita sambil mengekalkan identiti budaya serta agama," ujarnya.


Selain itu, kata beliau, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia juga menuntut negara ini melakukan dialog dengan mana mana kerajaan untuk lebih memahami keperluan dan tahap hubungan diplomatik yang praktikal dengan negara tersebut.


"Peranan Malaysia sebagai pembina jambatan dalam ASEAN dan arena global menggalakkan kita berinteraksi dengan semua pihak berkepentingan, walaupun dasar atau tindakan mereka mungkin tidak selari dengan pendirian kita.


"Penglibatan sebegini penting untuk menegakkan keamanan, kestabilan, dan dialog dalam dunia yang sering terpolarisasi," katanya lagi.


Sementara itu, beliau menekankan penerimaan Malaysia terhadap lawatan delegasi Taliban itu, khususnya dalam isu berkaitan pendidikan boleh menawarkan ruang untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada perubahan konstruktif.


Menurut Sangetha lagi, kemajuan global memerlukan penglibatan, bukan pengasingan. Sebagai rakyat Malaysia, katanya amat perlu dikekalkan polisi keterbukaan terhadap dialog dan komitmen untuk memupuk pemahaman dalam dunia yang semakin kompleks.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page