top of page

Kunjungan delegasi Afghanistan ikut nasihat Wisma Putra - KPM



Kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Malaysia telah dibuat berdasarkan nasihat daripada Wisma Putra dan melepasi tapisan keselamatan di negara ini.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, kunjungan delegasi itu sebagai menyokong hala tuju pendekatan dasar luar Malaysia terhadap Afghanistan yang mana kerajaan bersedia memberikan bantuan dari segi pembangunan kapasiti dalam bidang kesihatan dan kemanusiaan.


"Menerusi kunjungan ini, KPM telah melaksanakan pembentangan yang memberi gambaran menyeluruh sistem pendidikan negara termasuk berkenaan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di Malaysia.


"Ia memperlihatkan sistem pendidikan negara yang inklusif serta tumpuan kepada peningkatan akses dan ekuiti merentasi status sosial ekonomi, gender, etnik dan geografi," kata kenyataan itu hari ini.


Kenyataan tersebut sebagai memberikan maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mengenai kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke KPM pada awal bulan ini seperti yang dilaporkan oleh media.


Kenyataan itu berkata penerimaan Malaysia terhadap delegasi tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti termasuk untuk menghapuskan kesenjangan jantina dan memastikan akses sama rata dan menyeluruh di semua peringkat pendidikan.


Jelasnya kunjungan ini turut memberi pendedahan kepada delegasi Afghanistan untuk melihat sendiri dan memahami model pendidikan terbaik di negara Islam moden yang disegani di peringkat antarabangsa.


"Delegasi Afghanistan juga telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rujukan amalan terbaik dalam membangunkan dasar pendidikan di negara tersebut, khususnya daripada aspek pembangunan kurikulum, latihan dan pembangunan guru serta teknologi pendidikan," katanya.


Kenyataan itu berkata komitmen KPM adalah selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu yang bersedia meningkatkan kerjasama dengan Afghanistan.


"Pada masa sama, hak Pendidikan tidak boleh dinafikan. Justeru itu, Malaysia komited dan mendukung penuh hak pendidikan kepada wanita serta akses pendidikan kepada kanakkanak perempuan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page