top of page

Kumpulan rentas parti gesa pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dipercepat



Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) menggesa supaya proses pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dipercepat.


Menerusi satu kenyataan bersama pada Khamis mereka menegaskan, pindaan tersebut penting dalam menangani kelemahan dan percanggahan undang-undang yang menghalang keberkesanan akta tersebut.


Selain itu ia bagi memperkukuhkan dan mewujudkan rangka kerja undang-undang yang menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti.


"Cadangan ini bukan sekadar pelarasan teknikal terhadap akta tersebut. Pindaan ini adalah sangat kritikal.


"Ini kerana ia akan memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan, tanpa terikat oleh sekatan undang-undang lain, seperti Akta Rahsia Rasmi dan seksyen 203A Kanun Keseksaan sambil memastikan perlindungan yang adil dan berbudi bicara kepada pemberi maklumat yang ikhlas," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dibuat Ahli Parlimen Ledang merangkap Pengerusi KRPPM-IGAR, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari; Ahli Parlimen Bentong, Young Shefura Othman dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong


Turut mengeluarkan kenyataan itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa; Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan.


Selain itu Ahli Parlimen GRS-Batang Sadong, Rodiyah Sapiee; Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut menandatangani kenyataan itu.


Transparency International Malaysia, Rasuah Busters dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) baru-baru ini menyentuh pelbagai isu berkaitan kelemahan Akta 711.


Antara kelemahan utama akta tersebut termasuklah kekaburan pada Seksyen 6 yang perlu dihapuskan dan dipinda.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page