Kumaresan ramah mesra, iftar di Masjid Batu Uban
- Suara Keadilan
- Mar 29
- 1 min read

ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam mengambil peluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama kariah Masjid Batu Uban, MPKK Batu Uban dan Penghulu Kadun Batu Uban.
Menurutnya, beliau begitu tertarik dengan sejarah masjid tersebut yang merupakan masjid terawal di Pulau Pinang.
"Masjid ini telah di asaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 (291 tahun).
"Saya pernah membawa usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mewartakan masjid ini sebagai bangunan warisan, namun terdapat bantahan daripada pemilik tanah persendirian," katanya.
Tambah Kumaresan, Masjid Batu Uban dibina di atas dua bidang tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan milik persendirian yang tidak membenarkannya ditukar status kepada bangunan warisan.

Sebelum itu, kelmarin Kumaresan menyertai majlis iftar di Masjid Jamek As-Soghir, Taman Pekaka.
Pada kunjungan itu beliau memberikan sedikit sumbangan bagi penganjuran majlis berbuka puasa.
Commentaires