
ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam berkunjung ke majlis berbuka puasa bersama kariah masjid bersejarah, Masjid Jamek Batu Uban.
Beliau teruja berbuka bersama jemaah masjid berkenaan yang merupakan pusat ibadah umat Islam tertua di Pulau Pinang.
"Saya turut hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu Uban. Turut hadir Pak Sheikh, Pengerusi Masjid dan ahli MPKK Batu Uban.
"Masjid Jamek Batu Uban adalah Masjid terawal di Pulau Pinang iaitu pada tahun 1734.
Saya pernah cadangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewartakan masjid ini sebagai bangunan warisan (heritage)," katanya.
Comments