top of page

Kulim Hitech: Kerajaan Kedah terima hakikat perlu selesai masalah tanah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read


Dakwaan pemimpin Kerajaan Negeri Kedah ditadbir Pas kononnya Kementerian Ekonomi sengaja tidak meluluskan peruntukan perluasan Kulim Hitech Park Fasa (KHP) 5 kini terjawab.


Menurut Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terbukti pemimpin kerajaan Kedah sebelum ini membuat tuduhan melulu kerana mereka telah menarik balik permohonan Notis Perubahan (NoC) dalam isu peruntukan dana kerajaan pusat kepada projek perluasan KHP.


"Setelah jadi bahan Tiktok kononnya Menteri Ekonomi memangsakan rakyat Kedah, akhirnya permohonan NOC ditarik balik.

Lunyai saya kena maki sebab kononnya berdendam dan memangsakan rakyat Kedah kerana kononnya cuba mensabotaj projek Kerajaan Kedah, iaitu Kulim Hitech Park Fasa 5.


"Saya jelaskan yang saya tidak boleh luluskan selagi tidak dapat pengesahan kesediaan penjual tanah untuk menjual tanah.

Bila saya jawab balik, barulah Kerajaan Kedah kembali kepada Kementerian Ekonomi," katanya dalam muat naik di Facebook.


Rafizi berkata demikian sebagai mengulas hasrat kerajaan Kedah membatalkan permohonan NOC kerana pembelian tanah gagal apabila tuan punya tanah tidak mengesahkan secara bertulis bersetuju menjual tanah.


"Bayangkan kalau saya pakai luluskan permohonan asal tanpa pengesahan bertulis," ujar Rafizi.


Sehubungan itu, katanya, permohonan NOC baharu untuk membeli tanah asal yang bermasalah dibuat Kerajaan Negeri. Skop permohonan berubah, iaitu kos keseluruhan membeli tanah meningkat daripada RM195 juta kepada harga baru iaitu RM362 juta.


Biarpun kos meningkat hampir sekali ganda, kata Ahli Parlimen Pandan itu, rakyat Kedah tetap boleh menarik nafas lega dan dapat peluang pekerjaan kerana beliau telah pun meluluskan peruntukan.


Namun ujar Rafizi, dengan kelulusan itu agensi Kerajaan Negeri Kedah telah menambah hutang daripada RM195 juta yang diberikan Kerajaan Persekutuan, bertambah kepada RM180 juta yang perlu diusahakan Kerajaan Negeri Kedah untuk pembayaran, sebab kos telah meningkat kepada RM362 juta.


Dalam hal dakwaan sebelum ini, katanya, beliau boleh sahaja meminta Exco Kedah minta maaf secara terbuka kerana cuba memburukkan nama Kementerian Ekonomi untuk menutup kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kedah, namun beliau tidak berminat memanjangkan isu tersebut dan lebih baik Exco terbabit minta maaf kepada rakyat Kedah.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page