top of page

Kuasa pengguna penting stabilkan harga barang dalam pasaran bebas



Kritikan pembangkang kerajaan perlu mengawal semua jenis produk pengguna termasuk barangan tin agar tidak meningkat harganya amat tidak rasional pada waktu Malaysia mengamalkan pasaran bebas.


Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh berkata, pasaran bebas tidak membenarkan kerajaan mengawal semua jenis barangan tetapi memerlukan kuasa pengguna yang kuat dalam memastikan peniaga tidak meningkatkan harga sesuka hati ke atas bukan barang kawalan.


Katanya, sekiranya kerajaan mengawal semua jenis barang dan kos menyediakan produk itu lebih tinggi daripada harga ditetapkan maka pengeluar tidak akan mengeluarkannya.


Hal itu terbukti berlaku sewaktu krisis bekalan telur ayam pada 2022 di bawah era Kerajaan PN.


"Kita lihat pengalaman sebelum Kerajaan Perpaduan, pada bulan September 2022 di mana kita tengok telur langsung tak ada, kenapa perkara ini berlaku?


"Fenomena pada waktu itu, harga kawalan telur kurang daripada harga kos pengeluaran. Jadi pengeluar telur tak nak keluarkan telur. Hasilnya ialah tak ada telur dalam pasaran.


"Ini kadang kala rakyat tak faham. Mereka ingat kalau kita kawal segalanya akan automatik (masalah harga) kita selesaikan," katanya.


Oleh itu, kata Fuziah, amat penting kesedaran pengguna dan tindakan bijak mereka untuk tidak membeli daripada peniaga yang menjual mahal bagi menstabilkan harga.


"Penggunalah yang menentukan berkenaan 'demand dan supply'.


"Kita tengok kuasa boikot kadang kala kedai boleh tutup. Jadi di situlah perlunya kesedaran pengguna bahawa mereka boleh mainkan peranan di dalam menentukan bagaimana perniaga tidak mengambil keuntungan terlalu banyak contohnya.


"Macam mereka (peniaga) jual RM9.90. Yang ini (peniaga) nak lawan RM9.80, yang lain RM9.50. Jadi pengguna boleh membuat keputusan, dia nak beli yang RM9.50. Maka yang jual RM9.90, aku kena jual RM9.50 atau RM9.49. Itu konsep pasaran bebas.


"Inilah yang kita nak beri penerangan kepada pengguna bahawa kuasa mengawal itu lebih kepada mereka, bukan kepada kerajaan," katanya.


Dr Fuziah berkata, dengan lebih pendidikan pengguna maka kefahaman mereka akan lebih hebat dan peniaga akan akur kepada kehendak pengguna.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page