top of page

KUASA gesa calon menang PRK Nenggiri perjuang isu hutan



Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menggesa wakil rakyat yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos nanti komited memperjuangkan isu kemusnahan hutan di kawasan berkenaan.


Pengerusi KUASA, Hafizudin Nasarudin memberi amaran, sekiranya isu berkenaan tidak diberi keutamaan lebih banyak tanah akan dibuka yang akhirnya bakal menjejaskan kehidupan penduduk setempat terutama Orang Asli.


"Saban tahun pembukaan tanah diluluskan kerajaan negeri dan dalam tempoh tiga tahun kalau kita lihat, 48 projek diluluskan membabitkan keluasan 13,000 hektar.


"Apa yang KUASA minta, calon yang menang tidak kira Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), perlu ada komitmen tinggi dan membantu memperjuangkan isu kemusnahan hutan di DUN Nenggiri.


"Kita tidak mahu kelulusan tebang habis atau 'cuci mangkuk' dilakukan kerana terlalu banyak kesannya yang perlu ditanggung oleh penduduk setempat terutama di kawasan penempatan Orang Asli


"Jika dibiarkan banyak lagi pembukaan tanah akan dilakukan dan semestinya pelbagai ancaman binatang terpaksa dihadapi penduduk disebabkan habitatnya semakin mengecil," katanya dipetik laporan media.


Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim baru-baru ini mendedahkan terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan yang membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan Kerajaan Negeri sejak 2022 sehingga kini di kawasan DUN Nenggiri.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan kemudian tampil menjelaskan 48 kelulusan penerokaan tanah yang dibuat dalam tempoh berkenaan bukannya 54 kelulusan sebagaimana yang didakwa.


KUASA sebelum ini dilapor sebagai berkata, negeri Kelantan ditadbir Pas sebagai negeri paling teruk mengurus hutan di Semenanjung.


Hafizudin memberitahu, badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar itu sudah bekerja lebih 10 tahun di daerah berkenaan dan pendedahan tersebut tidak mengejutkan pihaknya.


"Kemusnahan hutan di Gua Musang termasuk Nenggiri amat dahsyat. Jika dilihat di Kuala Betis, beratus lori keluar masuk setiap hari.


"KUASA sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang dianggap tidak pernah mendengar desakan NGO," katanya dalam laporan sebelum ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page