top of page

Kuala Lumpur selamat, lakukan pemetaan kesan potensi lubang benam - Dr zaliha



Kuala Lumpur (KL) masih selamat biarpun dalam seminggu kebelakangan ini terdapat kejadian lubang benam (sinkhole) di kawasan sekitar Masjid India dan terbaharu di parlimen Lembah Pantai.


Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lubang benam akibat kebocoran paip pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.


"InshaAllah (KL) kekal selamat tetapi macam saya cakap sebelumnya, kita mesti sangat berhati hati di kawasan yang ada lubang benam seperti Masjid India.


"Di kawasan itu PDRM menjaganya dengan rapi dan kita tidak benarkan orang ramai masuk di kawasan tersebut (lubang benam). Di kawasan lain masih selamat," katanya.


Lubang benam di Pantai Dalam akibat kebocoran paip pembentungan IWK

Menyentuh lubang benam di Pantai Dalam beliau berkata telah dimaklumkan hal itu semalam dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak syarikat utiliti yang terlibat akan segera membaikinya.


"Saya dimaklumkan berlakunya insiden ini kerana ada paip IWK. Ada masalah menyebabkan tanah di sekitar kawasan ini agak rapuh sehingga berlaku kejadian ini.


"Longkang pecah. Ini akan diambil tindakan segera oleh pihak DBKL dan pihak berwajib untuk memastikan akhirnya paip ini diperbaiki dengan secepat mungkin.


"Paip IWK perlu diperbaiki dahulu. Kita jangkakan dalam tiga minggu kita dapat selesai isu ini. Penduduk sekitar perlu jaga keselamatan," katanya.


Dalam pada itu, seperti dijelaskan sebelumnya, kata Dr Zaliha pihak DBKL akan melakukan pemetaan untuk mengesan potensi lubang benam di kawasan lain bagi membolehkan tindakan awal diambil.


"Datuk Bandar juga akan melihat perkara ini dengan lebih teliti untuk kita buat pemetaan seluruh KL dan melihat kawasan yang ada potensi berlaku lubang benam. Sudah tentu ini akan mengambil masa sedikit untuk mendapatkan keseluruhannya di KL," katanya.


Beliau juga tidak menolak cadangan agar pihaknya memeriksa saluran bawah tanah yang telah berusia.


"Kebanyakan pembangunan di KL lebih 30 tahun. Memang kita perlu melakukan ujian integriti untuk semua sistem saliran di sekitar KL. Kita akan kerjasama dengan PETRA, IWK," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page