top of page

Kritikan Syed Saddiq tonjol kelemahan fahami Belanjawan 2024



Kritikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman ke atas Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu menonjolkan kelemahan beliau memahami belanjawan.


Bagi Naib Ketua Pemuda AMANAH, Ammar Atan, kritikan yang terpesong fakta itu sampai ke tahap memperbodohkan rakyat kerana kekeliruan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh Syed Saddiq.


Katanya, jelas sekali Syed Saddiq tidak memahami asas fiskal apabila beliau mendakwa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan daripada 6% kepada 8%. Sedangkan kata, Ammar, hanya komponen Cukai Perkhidmatan yang dinaikkan dan kenaikkan tersebut dikecualikan terhadap servis makanan dan telekomunikasi.


"(Dalam hal ini) Syed Saddiq mendakwa cukai akan dinaikkan ke atas “kelengkapan mandian, beg, baju, seluar, kasut dan peralatan sekolah”. Ini salah sama sekali kerana Cukai Perkhidmatan tidak dikenakan atas barangan ini. Nama pun Cukai Perkhidmatan, apa logik dikenakan atas barangan? Syed Saddiq harus belajar asas cukai.


"Beliau juga berkata subsidi telah dipotong bawah Belanjawan 2024. Namun, dia tidak pula menyebut subsidi hanya dipotong untuk golongan ultra-kaya, T20, syarikat besar dan lebih 3.5 juta warganegara asing. Sejak bila Syed Saddiq menjadi pengampu bagi golongan-golongan ini?" tanya Ammar dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, Syad saddiq harus meneliti lebih cermat berkenaan hasil penjimatan subsidi ke atas T20 itu sebanyak RM2 bilion bakal dihulurkan secara terus kepada rakyat B40 dan M40 dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dinaikkan peruntukannya kepada RM10 bilion. Bukan itu sahaja, katanya, kadar maksimum STR juga dinaikkan daripada RM3,100 ke RM3,700.


Ammar turut membidas dakwaan Syed Saddiq kononnya terdapat “kenaikan luar biasa” sebanyak 30-40% bagi peruntukan Pejabat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 yang dianggap cubaan mengelirukan rakyat.


"Ini merupakan pembohongan. Peruntukan perbelanjaan untuk 2024 adalah RM12.05 bilion, yang hanya meningkat 1.9% daripada peruntukan 2023 sebanyak RM11.82 bilion. Dari mana Syed Saddiq petik angka beliau?


"Syed Saddiq mempersoalkan komitmen Kerajaan MADANI mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara, walaupun PM telah menerangkan secara terperinci langkah mengurangkan pembaziran termasuk subsidi bersasar, penguatkuasaan yang lebih meluas dan memastikan kutipan hasil yang lebih efisien.


"Ini tidak termasuk Akta Tanggungjawab Fiskal yang dibentangkan oleh Kerajaan MADANI dan telah diluluskan baru-baru ini. Apakah Syed Saddiq buta hati sehingga tidak menyedari semua ini?" tanyanya.


Ammar turut membidas kritikan Ahli Parlimen Muar itu yang mempersoalkan tindakan kerajaan menukar kereta rasmi kegunaan Menteri daripada Toyota Vellfire kepada kereta elektrik yang kononnya lebih mahal.


"Barangkali MP Muar tidak tahu terdapat banyak pilihan EV di pasaran termasuk Tesla dan Mercedes-Benz yang jauh lebih murah berbanding Vellfire 2.5L yang berharga hampir RM400,000. Justeru, kos sewaan kenderaan EV juga akan berkurang bagi pihak kerajaan.


"Bukan itu sahaja, kos penyelenggaraan EV dan kos caj elektrik juga adalah jauh lebih rendah berbanding kenderaan bukan EV. Faktor-faktor ini, termasuk hasrat untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, telah mendorong PM mengumumkan keputusan menukar kenderaan kerajaan dalam belanjawan," katanya lagi.


Justeru, Ammar menggesa Syed Saddiq memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang telah dikelirukan beliau di atas fakta yang tidak tepat.


Sedangkan, kata Ammar, Belanjawan 2024 terus menyalurkan subsidi kepada rakyat yang layak, menambah sumbangan tunai terus ke poket rakyat B40 dan M40 serta mengurangkan ketirisan dan menstruktur semula cukai tanpa membebankan rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page