Rakyat Malaysia seharusnya menggunakan peluang sambutan perayaan Krismas hari ini untuk meningkatkan lagi semangat muhibbah dan mengekalkan negara dalam keadaan harmoni.
Hal itu dinyatakan dalam ucapan selamat Hari Natal oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
"Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia.
"Semoga negara kita yang unik dengan kepelbagaian budaya dan bangsa ini kekal aman serta harmoni," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata, sambutan perayaan Krismas merupakan peluang untuk rakyat mengeratkan lagi hubungan dan semangat kekeluargaan sebagai sebuah bangsa Malaysia, merentasi perbezaan budaya dan agama.
"Marilah kita sama-sama terus memupuk nilai hormat-menghormati dan keterangkuman yang sedari dulu lagi telah menjadi asas dan tonggak kekuatan negara kita.
"Semoga Hari Natal pada kali ini membawa keceriaan, keamanan dan kebahagiaan kepada semua," katanya di Facebook.
Commentaires