top of page

Krisis Gaza: PM Anwar sekali lagi bidas sikap hipokrit antarabangsa



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan pentas antarabangsa bagi mengulangi kritikan terhadap kurangnya tindakan komuniti antarabangsa dalam menangani genosid di Gaza.


Rejim Israel tegasnya telah melakukan pembunuhan begitu ramai rakyat Palestin, namun tidak banyak tindakan telah diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.


"Ramai menyuarakan pandangan mengenai genosid di Ukraine, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya kesan peperangan dan menerimanya begitu saja.


"Ini benar-benar mengejutkan dan saya anggap ia satu hipokrasi…Hipokrasi ini perlu ditamatkan," katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di New Delhi.


Perdana Menteri berada di India untuk lawatan rasmi tiga hari bermula Isnin lalu dan mengakhiri lawatannya semalam.


Beliau sering menggunakan lawatan rasminya ke negara luar bagi membangkitkan isu penindasan terhadap rakyat Palestin.


Terdahulu, Anwar dalam hantaran X pada Selasa berkata: Sebarang perkembangan bermakna ke arah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel.


*Kredit foto: SADIQ ASYRAF/PMO

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page