top of page

KPWKM komited lindungi wanita, kanak-kanak jadi mangsa salahguna AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri sebagai mengulas penyalahgunaan teknologi itu termasuk digunakan untuk menyunting gambar lucah berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menangani isu seperti itu.


"Ada keperluan untuk menyemak semula aspek perundangan dan keberkesanan program advokasi sedia ada, terutama dalam konteks keibubapaan dan pendidikan teknologi digital.


"Pegawai KPWKM sudah diarah meneliti dan mencadangkan pindaan terhadap undang-undang sedia ada agar perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak lebih berkesan dan menyeluruh.


"Selain itu KPWKM akan mengadakan sesi perbincangan intensif rentas kementerian bagi meningkatkan kecekapan menangani penyalahgunaan ini," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Majlis Ramah Tamah Aidilfitri KPWKM, di Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), di Kuching pada Sabtu.


Terdahulu, seorang remaja lelaki direman berhubung kes penyebaran gambar lucah suntingan wajah pelajar sekolah menggunakan aplikasi AI, yang turut dijual secara dalam talian pada harga RM2 sekeping.


Setakat ini, 29 laporan polis telah dibuat berkaitan kes tersebut.


Sementara itu Nancy menekankan pentingnya pendekatan lebih inklusif merangkumi komuniti luar bandar yang masih kurang pendedahan terhadap risiko penyalahgunaan teknologi.


"Pendidikan harus ditingkatkan dan kandungan program perlu selari dengan cabaran digital semasa," tambah Ahli Parlimen Santubong itu lagi.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page