top of page

KPT jamin selesaikan isu kemasukan rayuan ke IPT



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan permohonan rayuan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke pengajian tinggi diselesaikan secepat mungkin.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihak kementerian menerima sebanyak 27,470 permohonan rayuan untuk menyambung ke pengajian tinggi tahun ini.


"KPT menerima banyak rayuan setakat ini, seramai 27,470 calon telah memohon untuk dipertimbangkan namun tempat yang ada agak terhad dengan persaingan yang sangat sengit.


"Oleh itu, KPT sedang dalam pertimbangan untuk mendapatkan tempat dan kriteria berdasarkan permohonan pelajar.


"Jadi kita harap, pelajar dapat memilih tempat dan kursus yang bersesuaian berdasarkan kelayakan mereka," katanya kepada pemberita usai Program Sembang Santai Luncheon di Restoran Rebung 2, Putrajaya, hari ini.


Jelasnya, ruang menyambung pengajian tinggi juga masih ada memandangkan bidang teknikal dan vokasional (TVET) masih terbuka kepada pendaftaran.


"Selain itu, kita juga ada TVET menawarkan 36 politeknik dan 105 kolej komuniti, jadi saya mahu ingatkan kepada pelajar untuk tidak menganggap TVET sebagai ‘second choice’.


"Kerana TVET mempunyai kebolehpasaran yang amat tinggi selain KPT kini menawarkan program hingga ke peringkat Ijazah," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page