top of page

KPT dijangka lancar pelan pendidikan baharu tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Pelan pendidikan tinggi negara yang baharu dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelan pendidikan baharu itu akan membabitkan tempoh 10 tahun hingga 2035.


Antara tumpuan pelan itu ialah teknologi baharu, terutama berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.


"Kita tidak boleh lari daripada teknologi AI. Ini fenomena baharu.


"Kita mahu graduan sama ada daripada universiti, institusi pendidikan atau program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) boleh beradaptasi dengan cabaran teknologi masa depan," katanya dipetik selepas merasmikan program Jom Masuk U 2025 - Zon Sabah di Sandakan pada Sabtu.


Program Jom Masuk U 2025 - Zon Sabah berlangsung selama dua hari sehingga hari ini, dengan disertai 20 universiti awam dan beberapa universiti swasta serta dua institusi TVET membabitkan kolej komuniti dan politeknik.


Sementara itu Mustapha mengingatkan pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran tetapi menghadapi kekangan kewangan agar tidak bimbang mengenai bayaran yuran pendaftaran kemasukan ke universiti.


Ia kerana terdapat dasar kementerian untuk yuran pendaftaran ditangguhkan sehingga penuntut berkenaan mendapat pembiayaan.


"Kita mahu memberi mesej bahawa masuk universiti ini mudah dan banyak insentif disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. KPT juga menyediakan kemudahan, termasuk program penajaan," katanya.


Selain itu pelajar terbabit juga boleh mengisi persetujuan menerima wang pendahuluan pinjaman RM1,500 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum mendaftar di institusi pendidikan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page