top of page

KPM tidak benar jual makanan memudaratkan dalam kawasan sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan komitmen untuk memastikan semua makanan yang membahayakan dan boleh memberi kemudaratan kepada pelajar tidak dijual dalam kawasan sekolah.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, ia termasuk gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok yang dibangkitkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) minggu lalu.


"Saya mengulangi penegasan bahawa semua makanan yang membahayakan dan boleh memudaratkan pelajar tidak dibenarkan sama sekali dijual di dalam premis sekolah.


"Dalam premis KPM, saya beri jaminan tidak akan ada makanan yang membahayakan.


"Namun bagi mereka yang menjual di luar premis atau luar kawasan sekolah, ia memerlukan kerjasama beberapa pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu pada Ahad.


Terdahulu, Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow pada Sabtu menggesa pengharaman penjualan sejenis gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok.


Beliau berkata, kanak-kanak berusia seawal tiga tahun terdedah kepada produk yang kelihatan seperti gula-gula, tetapi sebenarnya direka untuk meniru tindakan menghisap peranti vape dan merokok.


Sementara itu jelas Fadhlina, bagi menghalang penjualannya di luar kawasan sekolah, beliau menyeru kerjasama pengetua dan guru besar supaya mengadakan perbincangan dengan PBT bagi memastikan makanan membahayakan itu tidak diperoleh dengan mudah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page