top of page

KPM setuju 10 tuntutan Sarawak perkukuh pendidikan negeri



Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju dengan 10 tuntutan dikemukakan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di negeri itu.


KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bekerjasama erat bagi memastikan pendidikan di kedua-dua negeri itu dapat terus dipertingkatkan selari semangat kesatuan seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)


"Ini termasuk usaha mengukuhkan pelibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), kebenaran mengambil guru Contract of Service (CoS) tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berdasarkan keperluan/keutamaan serta pelibatan dalam perancangan projek pembangunan pendidikan," kata kementerian dalam kenyataan.


Menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) pada Febuari lalu telah membuahkan hasil yang positif, KPM menyatakan persetujuan untuk memberi perwakilan kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak lain selainnya kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, tertakluk kepada garis panduan yang sedang berkuat kuasa.


"KPM turut optimis hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis dapat memperkukuhkan lagi pendidikan di Sabah dan Sarawak.


"Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk mengenai keperluan merunding dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan sebelum Menteri Pendidikan membuat kelulusan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)," kata kenyataan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page