top of page

KPM sedia pertimbang longgar syarat pertukaran guru - Fadhlina



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan kebajikan golongan guru.


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di Sepang pada Rabu beliau berkata, bagi tujuan itu KPM sedia mempertimbangkan cadangan pengurangan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat memohon pertukaran guru


"Pertimbangan itu sentiasa ada, sebab itu dalam jawapan kita di Parlimen…penegasan-penegasan kita, isu kebajikan guru itu menjadi keutamaan.

"Jadi yang disebut oleh NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia) itu (longgar syarat pertukaran guru) adalah selari dengan apa sedang kita laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar kita khusus berkaitan isu tersebut," katanya dipetik.


NUTP sebelum ini menggesa KPM mempertimbangkan syarat memohon pertukaran guru bagi mengelak kisah Cikgu Din berulang.


Sebagai rekod, pada Oktober lalu, menerusi perkongsian warganet di Facebook, Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar berharapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.


Hasil perbincangan dilaksana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan kemudian, KPM memaklumkan guru yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak itu ditempatkan di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.


Mohamad Izzudin menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp pada Selasa memaklumkan, isterinya Nur Atiqah My Yusoff, 30 menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada Isnin malam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page