top of page

KPM sasar sesi persekolahan satu sesi sepenuhnya 2030



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk kembali melaksana sepenuhnya sistem persekolahan satu sesi pada tahun 2030.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kira-kira 1,000 buah daripada 10,000 buah sekolah masih melaksana sistem pengoperasian dua sesi kerana prasarana tidak dapat menampung pertambahan murid di kawasan tertentu.


Sehubungan itu kerajaan jelasnya sudah menetapkan pembangunan sekolah-sekolah baharu selain baik pulih sekolah daif sebagai penyelesaian kepada isu kepadatan tersebut.


"Sebenarnya perkembangan pendidikan di negara ini bergerak sangat baik dan ada 9,000 lebih telah pun mencapai hasrat kita untuk satu sesi.


"KPM juga perlu mengambil kira beberapa faktor kekangan soal tempat, premis dan pengurusan-pengurisan sekolah itu sendiri," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu kepada pemberita pada program INTAN Minister’s Conversation (IMC) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, di Kluang pada Khamis.


Sebagai rekod, KPM pada Disember tahun lalu memaklumkan, sebanyak 649 sekolah rendah dan 589 sekolah menengah di seluruh negara masih belum melaksana sistem persekolahan satu sesi.


Usaha mengembalikan sistem satu sesi itu dilihat sebagai langkah penting agar golongan guru tidak terbeban dengan sesi pembelajaran apabila jumlah pelajar terlalu ramai.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page