top of page

KPM sahut saranan PM beri tempat pelajar cemerlang SPM di matrikulasi



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menyahut seruan Perdana Menteri (PM) untuk menyediakan ruang kepada setiap pelajar cemerlang memasuki kursus matrikulasi bagi melayakkan mereka menuntut di universiti.


Menurut kenyataan KPM, pihak kementerian tidak mempunyai masalah memberi tempat kepada pelajar cemerlang dengan keputusan 10A Sijil Palajaran Malaysia secara tanpa mengira kaum atau latar belakang.


"Bagi mencapai maksud tersebut, KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM, atau program-program melalui UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).


"Ini bagi membolehkan mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar," katanya.


Bagaimanapun, kata kenyataan itu, tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di Universiti Awam


Ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang SPM dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.


"Bagaimanapun, pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.


"Kerajaan MADANI komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page