top of page

KPM perluas promosi, tarik minat pelajar sertai TVET - Fadhlina



Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani di peringkat sekolah dan komuniti bakal diperluas secara lebih kerap.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu sebagai usaha kementeriannya menyampaikan maklumat secara terus berkaitan hala tuju, laluan kerjaya dan peluang pendidikan dalam bidang TVET kepada orang awam terutama golongan pelajar.


"Program KV ini adalah untuk kita mendekati masyarakat dan melaksanakan program seperti pembaikan rumah, penyaman udara di surau dan masjid yang melibatkan kemahiran anak-anak KV kita.


"Jadi, penting untuk masyarakat terus mengangkat TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) ini sebagaimana kita uar-uarkan dalam Belanjawan 2025.


"Geran Per Kapita (PCG) TVET dinaikkan dan ini antara mengapa TVET mesti terus diperluaskan dalam masyarakat," kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu itu dipetik.


Beliau sebelumnya hadir merasmikan Karnival Pendidikan Madani dan Program KV Insani Masyarakat Madani peringkat zon Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap pada Sabtu.

Program KV Insani Masyarakat Madani merupakan program utama di bawah seliaan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) KPM.


Sebelum ini, program tersebut telah dilaksanakan secara meluas di seluruh negara termasuk Kelantan, Pahang dan Johor.


Bagi zon Pulau Pinang, ia melibatkan tiga komuniti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nibong Tebal iaitu Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi dengan setiap KV diwakili 12 pelajar dan tiga pensyarah.


Program diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap sejak 15 Okt itu dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page