top of page

KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026 - Fadhlina



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia sebagai usaha mengukuhkan penggunaan 50 peratus Bahasa Melayu dan 50 peratus Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar prasekolah.


"Beberapa pendekatan pendidikan bersepadu akan kita beri tumpuan termasuk pengukuhan dari segi bahasa, maknanya penggunaan 50 peratus Bahasa Melayu dan 50 peratus Bahasa Inggeris.


"Kita akan tengok modul pra sekolah KPM, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan begitu juga di peringkat-peringkat lain yang kita kenal pasti dapat dijadikan penanda aras modul prasekolah ini," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pantai Port Dickson Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Port Dickson pada Jumaat.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, antara lain yang akan diberi perhatian dalam modul baharu itu termasuklah memberi tumpuan pendidikan karektor murid-murid dalam pelbagai aspek.


Sebagai persediaan, pihaknya sentiasa mengadakan sesi libat urus khususnya memberi penjelasan kepada semua pihak bagaimana kitaran baharu itu dapat memberi kesan positif kepada anak-anak.

"Pada masa sama semua guru pra sekolah juga akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat Ijazah berbanding sekarang yang kebanyakannya memiliki Diploma.


"Bila kita sebut tentang penyelarasan kurikulum di semua peringkat pra sekolah, tentunya keupayaan guru-guru juga jadi keutamaan.


"Keupayaan guru-guru kita adalah kompetensif, maknanya ada guru-guru kita mempunyai Ijazah kerana di negara ini minimumnya adalah Diploma dan kita sedang tingkat keupayaan itu," tambahnya.


Dalam pada itu beliau turut menyarankan golongan ibu bapa memberi komitmen dengan memastikan anak-anak menerima pendidikan awal prasekolah khususnya diterajui KPM.


Terdapat tiga aspek penting peringkat prasekolah iaitu menangani isu keciciran pembelajaran, program pemakanan sihat dan intervensi keperluan pendidikan khas


"Enrolmen prasekolah mencabar kerana kita tiada dasar pendidikan wajib bagi peringkat prasekolah, ketika ini enrolmen mencapai 91.7 peratus dan KPM sedang bekerja keras bagi menggalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak," jelasnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page