top of page

KPM, MOF kerjasama tangani isu keciciran pembelajaran



Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan kerjasama dalam menangani masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan rakyat negara ini.


Melalui satu kenyataan bersama pada Selasa, KPM dan MOF berkata, program ‘Anak Kita’ dilancarkan pada Jumaat lalu dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan literasi dan numerasi dalam kalangan murid, mempertingkatkan kadar kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengintegrasikan semula pelajar yang tercicir kembali ke dalam sistem pendidikan.


Ia akan dikelolakan oleh kedua-dua kementerian itu dengan kerjasama Yayasan Hasanah serta organisasi korporat, pertubuhan masyarakat sivil, universiti awam, syarikat berkaitan kerajaan dan organisasi antarabangsa.


"Program pemulihan pembelajaran yang akan dilaksanakan merangkumi intervensi yang disasarkan termasuk kelas pemulihan, latihan guru dan alat pembelajaran digital," kata kenyataan itu.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan melalui kenyataan itu berkata, pendidikan adalah asas kepada pembangunan modal insan yang menjadi aset kepada kemakmuran ekonomi negara.


Justeru usaha untuk menangani keciciran pembelajaran perlu dilaksana bagi memastikan penyertaan produktif belia dalam tenaga kerja.

"Pendidikan yang baik dapat membina generasi yang mempunyai keperibadian baik dan kemahiran intelektual yang amat diperlukan untuk memacu ekonomi yang mampan seperti yang digariskan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI.


"Melalui peningkatan pendidikan, rakyat mampu keluar dari kemelut kemiskinan sekali gus mengangkat lantai ekonomi keluarga bagi jangka masa panjang sejajar hasrat kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di negara ini," katanya.


Sementara itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagi menjelaskan situasi keciciran pembelajaran di Malaysia pada masa ini berkata, berdasarkan statistik Lembaga Peperiksaan, sebanyak 10,160 calon atau 2.65 peratus daripada 395,870 calon yang berdaftar untuk SPM tidak hadir peperiksaan itu tahun lepas.


"Sebanyak 6.5% daripada jumlah calon bersamaan dengan 25,735 pelajar tidak layak menerima sijil SPM mereka," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page