top of page

KPM laksana garis panduan kandungan media sosial libatkan pelajar



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah melaksanakan garis panduan kandungan media sosial untuk melindungi keselamatan kanak-kanak sekolah dari isu gangguan seksual di laman sosial.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil langkah awal dengan mengedarkan panduan dalam merakam gambar, video atau audio yang membabitkan pelajar dan kanak-kanak.


"Keutamaan KPM bagi memastikan keselamatan kanak kanak di dalam sekolah dan garis panduan ini dipatuhi terutama bagi menguruskan gangguan seksual dan juga berkaitan perlindungan terhadap keselamatan kanak kanak.

"Dalam garis panduan ini kita sudah peringatkan kepada guru berhubung kebenaran kepada ibu bapa apabila ingin membuat kandungan media sosial.


"Saya harap garis panduan ini dipatuhi sepenuhnya oleh pendidik yang saya yakin mereka dapat mematuhinya," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Hab STEM di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang pada Selasa.

Sebelum ini, KPM melalui surat pekeliling dengan nombor rujukan KPM.100-1/3/2 Jld.9 (52) bertarikh 21 Ogos memaklumkan mengenai pelaksanaan surat akuan ibu bapa atau penjaga untuk kebenaran rakaman gambar, video atau audio murid serta memuat naik ke laman media sosial bagi program anjuran institusi pendidikan di bawah KPM.


Pelaksanaan surat akuan kebenaran itu selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2023: Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM bertarikh 4 Oktober 2023 bertujuan mengawal selia penggunaan media sosial oleh institusi pendidikan bawah KPM.


Menurut surat pekeliling itu lagi, Perkara 5.3 (vi) dalam garis panduan berkenaan selaras dengan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu penjawat awam tidak dibenarkan untuk memuat naik kandungan multimedia yang berkaitan dengan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page