top of page

KPM komited tingkat prestasi keseluruhan SPM di masa depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memfokuskan usaha meningkatkan prestasi pelajar sekaligus meningkatkan keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa depan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia termasuk usaha berterusan untuk merapatkan jurang pencapaian membabitkan pelajar luar bandar dan mengurangkan ketidakhadiran pelajar.

"Kehadiran calon adalah antara aspek penambahbaikan yang sangat signifikan.


"Intervensi yang kita lakukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketidakhadiran, begitu juga jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar," katanya dipetik.


Fadhlina ditemui pemberita selepas meninjau sesi penyerahan keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang pada Khamis.


Sementara itu sebagai mengulas keputusan SPM 2024, beliau menyifatkannya sebagai telah menunjukkan prestasi yang meningkat.


Inisiatif diambil sebelum ini termasuk memastikan pelajar lulus dua subjek teras, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah tegasnya telah membantu dalam peningkatan kadar kelulusan keseluruhan.

"Justeru KPM komited untuk terus melaksanakan langkah-langkah proaktif yang menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar," tambahnya.


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.


Analisis Keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 meningkat kepada 14,179 atau 3.7 peratus, berbanding 11,713 calon pada 2023.


Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page