top of page

KPM kaji secara menyeluruh sebelum kembalikan semula UPSR, PT3



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan, pihaknya tidak mahu pelajar-pelajar sekolah dijadikan 'tikus makmal' apabila berlaku pertukaran dasar dengan mengembalikan semula pentaksiran secara sistem peperiksaan melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebelum ini telah dihapuskan.


Sebaliknya beliau berkata, pihak kementerian sedang menyediakan pandangan secara menyeluruh melibatkan semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.


"Kita perlu sediakan pandangan kita (secara) keseluruhan kita dalam persiapan. Ia tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja kerana ia melibatkan aspek lebih besar, anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita kena ulang kaji (uji kaji) mereka ini masuk pemeriksaan sekejap, sekejap tidak ada peperiksaan, kita kena ada ketetapan," katanya dipetik selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya hari ini.


Beliau mengulas desakan beberapa pihak supaya kementerian mengembalikan UPSR serta PT3 yang dimansuhkan pada 2022 atas alasan ia membantu aspek kemenjadian murid dan mendakwa ketiadaan peperiksaan itu telah menyumbang kepada keciciran pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Fadhlina berkata, kementerian telah membuat pelbagai penegasan khusus untuk meneguhkan pentaksiran bilik darjah (PBD) dan latihan guru bagi memastikan tiada apa-apa yang akan menjejaskan kemajuan murid.


Beliau berkata buat masa ini kementerian kekal dengan keputusan terdahulu untuk memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.


Fadhlina berkata, kementerian juga kini menumpukan pada pendekatan baharu kurikukum persekolahan 2027 dan dalam proses merangka pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menetapkan hala tuju pendidikan negara untuk tempoh 10 tahun bermula 2026.


Sementara itu, KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihak kementerian proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu keciciran murid dalam SPM dan mengenal pasti tiga faktor utama iaitu berhenti sekolah, buang sekolah dan telah bekerja.


"Walaupun jumlah ketidakhadiran murid dalam peperiksaan SPM berjaya dikurangkan kepada 10,160 pada tahun 2023 berbanding 14,858 pada tahun sebelumnya (pengurangan 1.2 peratus), KPM komited untuk terus menggandakan usaha bagi menangani keciciran murid dalam peperiksaan itu," kata kenyataan itu.


Bagi meningkatkan kehadiran dalam peperiksaan SPM serta sahsiah dan jati diri murid, KPM melaksanakan Program Jom Ke Sekolah, melantik duta sahsiah, mengadakan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Program Remaja Unggul Aspirasi Negara.


Antara intervensi lain yang turut dilaksanakan ialah program gempur Kehadiran SPM, psikometrik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), program minda sihat, program jejak SPM, bengkel pemantapan intervensi, pemerkasaan guru bimbingan dan kaunseling (GBK), karnival pendidikan dan kerjaya, program kolaboratif dan 'dashboard' calon SPM.


Terkini, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan rakan strategik Yayasan Hasanah bagi melaksanakan program intervensi bagi menangani keciciran pembelajaran melibatkan penyertaan pelajar tingkatan empat dan lima.


Kerjasama itu merangkumi penganjuran kelas tambahan bagi Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik, program untuk meningkatkan keyakinan diri murid serta bimbingan hala tuju selepas SPM.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page