top of page

KPM bentang dasar baharu tangani isu ketidakhadiran calon SPM



Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah, bertujuan mengatasi isu berkaitan kehadiran dan keciciran pelajar dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan depan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dasar tersebut yang antara lain bertujuan mengatasi isu ketidakhadiran pelajar pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang dalam peringkat penggubalan.


"Ini antara langkah yang dapat kita laksanakan sebaik mungkin bagi mengatasi isu berkait rapat dengan kehadiran, keciciran dan peningkatan kualiti pendidikan dalam negara.


"Beri kita masa sedikit untuk buat 'conclusion' (rumusan) berkaitan kehadiran (calon SPM 2024) sehingga kertas terakhir, insya-Allah," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 di Dewan Auditorium Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada Isnin.


Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail.


Peperiksaan SPM 2024 bermula pada 2 Disember lalu hingga 6 Februari ini, membabitkan 402,956 calon di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara, manakala 126,636 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian.


Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata, kira-kira 10,000 pelajar masih belum mengesahkan kehadiran untuk peperiksaan SPM 2024.


Justeru beliau menegaskan, selain tindakan berterusan KPM untuk mengatasi isu ketidakhadiran calon SPM, ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan kehadiran anak masing-masing yang sedang menjalani peperiksaan itu.


"SPM sangat penting dan ini peperiksaan terakhir mereka dalam era persekolahan. Jadi kita minta ibu bapa bersama-sama memastikan isu kehadiran ini dapat ditangani bersama," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page