top of page

KPM bakal laksana program Antirokok, Vape di sekolah



Program Lima Minit Antirokok/Vape bagi mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah bakal dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM).


Melalui satu kenyataan media KPM berkata, pelaksanaan program itu akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


Menurutnya, ia dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.


"KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.


"Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi," katanya kenyataan itu.


Selain itu menurut KPM, pihak kementerian turut akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Program IMFree bagi tujuan sama.


Program IMFree adalah program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah bertujuan memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi agen/pencetus perubahan terhadap bahaya merokok.


"Program meliputi murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam dilaksanakan di 636 buah sekolah rintis dan akan diperluaskan ke sekolah lain dari semasa ke semasa.


"Program ini bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat," katanya.


Dalam kenyataan sama, KPM sentiasa memberi peringatan kepada JPN, PPD dan sekolah berkaitan Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.


"Selain itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah berkesan memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah," tambah kenyataan tersebut.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page