top of page

KPM atur persiapan depani kemungkinan banjir Monsun Timur Laut



Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengatur persediaan rapi bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan yang merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.


Justeru beliau berharap semua, termasuk pihak sekolah bersedia sekiranya institusi pendidikan mereka dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS)


"Kita akan pastikan sekolah selamat, kondusif untuk meneruskan pendidikan anak-anak ini.


"Kalau sekolah itu tidak dapat meneruskan pendidikan seperti biasa kerana proses ataupun tempoh masa banjir itu masih lagi lama, PdPR akan dilaksanakan.


"Jadi semua guru kita ini sudah pun terlatih untuk membuat sebarang intervensi, khususnya terkait rapat dengan situasi banjir dan situasi-situasi lain yang terkait rapat dengan banjir," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program My Lesen (B2) Tahun 2024 Parlimen Nibong Tebal pada Sabtu.


Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page