top of page

KPKT teruskan skim sewa untuk beli libatkan kediaman PRR



Kerajaan akan menawarkan skim sewa untuk beli (RTO) membabitkan Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal dilancarkan tahun depan.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, skim itu merupakan usaha proaktif kementeriannya untuk menggalakkan pemilikan rumah secara berperingkat dengan menawarkannya kepada pemohon atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.


"Melalui skim ini, ia juga membuka ruang untuk golongan muda yang baru bekerja memiliki rumah dengan cara menyewa dalam tempoh masa tertentu dan kemudian boleh memilih membeli rumah berkenaan," katanya dipetik ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi KPKT di Dewan Rakyat pada Selasa.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, beberapa inisiatif turut diperkenal kerajaan bagi memastikan rakyat dapat memiliki kediaman sendiri.


Antaranya, KPKT menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan kerajaan memberi jaminan had pembiayaan hingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama untuk rakyat tanpa pendapatan tetap serta berpendapatan rendah dan sederhana.


"Selain itu melalui Kempen Pemilikan Rumah 2.0, pengecualian diberikan untuk duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan untuk pembeli rumah pertama bernilai RM500,000 ke bawah," jelasnya.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, kementeriannya komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat dengan pembinaan baharu dan baik pulih 5,000 unit rumah sejak 2023 melibatkan peruntukan lebih RM91 juta.


"Bagi tahun 2025, Kerajaan MADANI akan memperuntukkan hampir RM60 juta untuk tujuan baik pulih rumah usang dan daif serta membina rumah baharu bagi mengatasi kemiskinan bandar.


"Melalui visi Shelter for All, KPKT bersama agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) giat merealisasikan usaha itu bagi golongan memerlukan," katanya menerusi satu kenyataan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page