top of page

KPKT terus gempur projek bermasalah - Akmal



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus menggempur projek diketegorikan bermasalah dan sakit bagi melindungi kepentingan pembeli hartanah.


Semalam Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasir turun padang ke projek Residensi Hektar Gombak di Jalan Gombak, Setapak.


Beliau berkata turun padang itu adalah intevensi buat kali ketiga terhadap projek berkenaan.


"Ini merupakan sesi intervensi ketiga buat projek ini selepas pertama kalinya perjumpaan dengan wakil pembeli, diikuti satu mesyuarat intervensi bersama pemaju dengan agensi-agensi berkaitan.


"Saya menyemak laporan yang diserahkan kepada Jabatan Perumahan Negara dengan kemajuan sebenar di tapak. Kerja-kerja berlangsung dan sewajarnya pemaju tingkatkan lagi tahap kerja.


"Sementara penyiapan pemajuan di tapak adalah tanggungjawab pemaju, taskforce bersedia memudahcara segala urusan bersangkut paut kementerian termasuk dengan agensi-agensi berkaitan bagi tujuan mempercepat proses penyiapan dan memperoleh CCC," katanya.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, antara masalah yang membelenggu projek tersebut terkait sambungan paip pembentungan yang tidak dapat disiapkan dan menyebabkan Loji Rawatan Kumbahan (STP) sedia ada dinaik taraf.


Untuk merungkai hal itu, katanya, pihak kementerian akan mengatur satu pertemuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi meneliti permasalahan berkenaan dan mencari jalan penyelesaian.


"Kita fokus selesaikan secepat mungkin projek ini beserta projek-projek sakit yang lain dengan menggunakan semua cara dan kaedah. Sesungguhnya keperitan yang ditanggung pembeli itu tidak boleh ditolak ansur," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page