top of page

KPKT peruntukkan RM11 juta program keusahawanan komuniti bandar



Sebanyak RM11 juta diperuntukkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksana program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.


Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu pada satu acara di Putrajaya pada Rabu berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM7 juta untuk pelaksanaan program tersebut tahun lalu.


Sehubungan itu jelasnya, sebanyak 29 Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelaksana telah diamanahkan untuk membimbing golongan B40 di kawasan bandar mengusahakan perniagaan yang mampu meningkatkan kualiti hidup mereka.


"Mana-mana NGO yang telah diberikan peruntukan, mereka perlu memastikan dalam tempoh enam bulan latihan yang diberikan kepada peserta PEKB ini akan dapat meningkatkan pendapatan sehingga RM750, iaitu sekurang-kurangnya melebihi paras garis kemiskinan, iaitu paras garis kemiskinan sekarang ini adalah RM747," katanya dipetik.


Aiman Athirah sebelumnya hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pelaksanaan Program PEKB Tahun 2025 pada Rabu.


Sejak diperkenal pada 2013, program itu telah melahirkan 16,515 usahawan yang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan dan mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan.


Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kerajaan memperuntukkan RM55 juta bagi melahirkan 4,835 usahawan B40 di kawasan bandar melalui PEKB.

Sementara itu Amin Athirah memaklumkan, setiap NGO diberikan berbeza jumlahnya mengikut jumlah peserta yang dilatih dan kluster (bidang) yang mereka ceburi.


"Kalau lebih kepada latihan mungkin kurang sikit jumlah peruntukan NGO itu dapat tetapi kalau melibatkan kepada pembelian peralatan-peralatan, logistik yang diperlukan lebih tinggi jumlah peruntukan yang diterima," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page