top of page

KPKT mohon kerjasama Kerajaan Negeri bangunkan PPR



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memohon kerjasama kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang sesuai sebagai lokasi membina projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.


Menterinya, Nga Kor Ming dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Tamu Putatan di Sabah pada Jumaat berkata, pihaknya memberi keutamaan pelaksanaan pembinaan PPR, yang bakal dinaik taraf kepada Program Residensi Rakyat (PRR), untuk negeri yang menyediakan tanah bagi tujuan itu.


Langkah itu jelasnya bagi memastikan peruntukan yang disalur digunakan sepenuhnya untuk membina rumah berkualiti tinggi tanpa perlu mengeluarkan kos membeli tanah.


"Dasar KPKT sangat jelas, kerajaan negeri yang sudi serahkan tanah kepada KPKT akan diberi keutamaan untuk membina PPR.


"Kita mahu membina perumahan mampu milik terbaik dan memastikan kualitinya ada. Oleh itu, kerjasama antara negeri dan Persekutuan sangat penting," katanya dipetik.


Sementara itu menurut beliau, sebanyak 32 tapak di beberapa negeri telah diserah kepada KPKT setakat ini untuk proses penilaian bagi menentukan kesesuaian pembangunan PPR.


Dalam perkembangan berkaitan beliau memaklumkan akan bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan tanah yang terlibat untuk pelaksanaan projek PPR di Sabah.

"Permintaan rumah di Sabah sentiasa dekat di hati kementerian dan kita sedang muktamadkan dengan kerajaan negeri iaitu jika serah tanah, prosedurnya KPKT akan hantar pasukan teknikal untuk lihat tapak sesuai atau tidak.


"Kita ingin membina perumahan bersepadu dengan pelbagai kemudahan. Saya yakin akan ada kerjasama erat dengan negeri demi kepentingan rakyat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page