top of page

KPKT komited bina lebih banyak rumah mampu milik



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan lebih banyak perumahan mampu milik.


Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menjadi komitmen utama KPKT ketika ini menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang selesa didiami di kawasan bandar kepada rakyat marhaen.


"Kami bertekad untuk mencapai matlamat 'Shelter for All'. KPKT sedang berusaha gigih untuk meningkatkan ketersediaan rumah mampu milik, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar


"Komitmen kami termasuk memastikan bahawa rumah-rumah ini bukan sahaja mampu milik tetapi juga berkualiti tinggi, selesa dan terletak di lokasi yang strategik," katanya dalam kenyataan.


Menurut Kor Ming, KPKT memperuntukkan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk pelbagai inisiatif perumahan sosial.


Untuk tahun 2024, KPKT telah memperuntukkan RM546 juta untuk Program Perumahan Rakyat dan RM358 juta untuk Rumah Mesra Rakyat.


Selaras dengan Rancangan Malaysia ke -12, kerajaan komited untuk menyediakan 500,000 unit perumahan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Inisiatif ini diterajui oleh agensi seperti SPNB dan PR1MA yang komited untuk membina sekurang-kurangnya 5,000 unit masing-masing setiap tahun.


Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Khazanah pada tahun 2023 membabitkan 3,800 isi rumah di lima PPR, lebih daripada 60% responden telah menyatakan mereka berpuas hati dengan tahap keselesaan di PPR secara umum.


"Ini hanya langkah permulaan. Kami sedang berusaha untuk menjenama semula program PPR kepada Program Residensi Rakyat (PRR) dan memperkukuh inisiatif ini untuk memastikan ia bertaraf antarabangsa setanding dengan program perumahan sosial di negara maju seperti Singapura dan Jepun," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page