top of page

KPKM sokong usaha Sarawak majukan sektor tenusu - Mohamad Sabu



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di negeri itu.


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini negara hanya memenuhi 15% keperluan daging tempatan dan projek tersebut mampu meningkatkan bekalan pedaging tempatan sekali gus memastikan negara mampu mengurangkan kebergantungan terhadap import daging.


"Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran daging tempatan dengan negara kini hanya mampu memenuhi 15% daripada keperluan.


"Sebanyak 85% daripada bekalan daging perlu diimport, ini menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan khususnya kerbau dan lembu pedaging," katanya dipetik.


Mohamad sebelumnya hadir ke majlis Santai KPKM bersama Penternak, Petani dan Nelayan di Lawas, Sarawak.


Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan geran Program Usahawan Kerbau yang bernilai RM1.7 juta kepada 10 penerima, Lesen Sampan Khas Daerah Lawas kepada 38 penerima dan Bantuan Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Air Payau serta Bantuan Input Ternakan dan Peralatan kepada enam penerima bernilai lebih RM370,000.


Sementara itu pada ucapannya, beliau turut menyeru masyarakat tempatan mengambil peluang dalam program Komuniti Madani bagi merancakkan aktiviti ekonomi termasuk dalam sektor pertanian dan makanan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page