top of page

KPKM buat laporan susulan penularan hantaran palsu



Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan sebaran palsu membabitkan bekalan baja kepada pesawah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamad Sabu.


Melalui satu kenyataan media, KPKM menegaskan Mohamad tidak pernah mengeluarkan kenyataan “pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan” seperti yang ditularkan.


"Pejabat Menteri juga ingin mengesahkan bahawa tangkap layar yang dibuat itu adalah palsu.


"Pejabat Menteri ingin menafikan Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu ada mengeluarkan kenyataan ‘pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan’ seperti yang ditularkan," menurut kenyataan itu.


Susulan penyebaran kenyataan palsu itu, satu laporan telah difailkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Khamis bagi membolehkan siasatan dimulakan.


Laporan itu juga bagi memastikan tindakan sewajarnya dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat hantaran palsu dan tidak benar bagi mengelirukan rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page