top of page

KPK gesa henti jual produk berlabel 'anti-minyak sawit'



Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyeru premis perniagaan berhenti menjual produk berlabel diskriminasi terhadap minyak sawit (DLAPO).


KPK menerusi satu kenyataan mendakwa, ada premis didapati terus menjual dan mempamerkan produk dengan label antiminyak sawit walaupun tindakan itu jelas melanggar peraturan.


Susulan itu, mana-mana pihak dan premis yang didapati menjual produk berlabel antiminyak sawit di sepanjang rantaian bekalan produk akan diambil tindakan berikutan tempoh dua tahun 'grace period' sudah diberikan.


"Ribuan pemeriksaan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh negara dan KPK mendapati masih terdapat premis yang menjual produk sedemikian


"Sepatutnya tempoh dua tahun sebagai 'grace period' telah cukup untuk pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya seperti mengeluarkan secara sukarela produk-produk DLAPO dari rak penjualan," kata kementerian itu.


Sebagai rekod, berkuatkuasa 15 Mac 2022, ungkapan atau petunjuk yang berunsur antiminyak sawit adalah dilarang dipakai dalam perdagangan atau perniagaan


Ia berdasarkan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.


Sementara itu KPK menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pihak KPDN dalam usaha membanteras isu pelabelan yang bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit.


KPK juga sentiasa mengadakan seminar dalam usaha berterusan memberi kesedaran lebih mendalam kepada masyarakat dan industri termasuk syarikat pengimport, pengedar dan penjual mengenai pentingnya menyokong industri sawit yang mampan.


"Pada masa sama, ia bertujuan menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi tidak berasas kepada minyak sawit melalui aktiviti pelabelan produk DLAPO," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page