top of page

KPDN senaraikan lapan barangan di bawah harga kawalan Deepavali



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan lapan jenis barangan yang wajib mematuhi Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) selama tujuh hari bermula 28 Oktober ini sempena sambutan Deepavali.


Menterinya Armizan Mohd Ali berkata, penjual perlu melabelkan barangan yang disenaraikan di bawah harga kawalan dengan tanda warna merah jambu.


Beliau memberitahu barangan tersebut ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji (borong), kelapa parut (runcit), bawang merah kecil (India) termasuk ros, bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).


"Tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.


"Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor permintaan serta penawaran, implikasi kos semasa, cuaca, kadar upah dan lain-lain," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama timbalannya Senator Fuziah Salleh dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar.


Armizan berkata penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada rakan strategik KPDN iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain pemain industri.


Jelasnya SHMMP Deepavali 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.


Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web kementerian di www.kpdn.gov.my.


"Bagi tujuan penguatkuasaan, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika," ujarnya.


Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 antaranya kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page