top of page

KPDN proaktif tangani pencatutan harga sempena musim perayaan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh mengganggu bekalan barangan keperluan dan kesejahteraan rakyat.


Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, pihak kementerian secara proaktif melaksanakan pemeriksaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan lain-lain perundangan di bawah kawal selia KPDN.


Operasi yang dilaksana sebelum, semasa, dan selepas musim perayaan itu bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

"Pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan pematuhan penandaan harga barang dan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan di peringkat pengimport, pemborong, dan peruncit.


"Penandaan tanda harga yang jelas hendaklah dipatuhi dan penggunaan alat timbang untuk tujuan perdagangan hendaklah masih dalam tempoh sah penentusahan selari dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972," ujarnya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu Fuziah mengadakan sesi turun padang bersama Pegawai Penguatkuasa KPDN Sarawak bagi meninjau dan melakukan pemeriksaan di premis pengimport dan pasar raya di sekitar Kuching, Sarawak.


Menurut kenyataan itu, sesi yang dilaksana sebagai antara usaha dilaksana KPDN untuk memastikan keberadaan bekalan barang keperluan pada harga munasabah sempena kedatangan bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Puasa tidak lama lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page