top of page

KPDN periksa 21,038 premis, harga tidak naik selepas penyasaran subsidi




Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 21,038 premis telah diperiksa dalam Ops Kesan 2.0 sejak 8 Jun lalu bagi memastikan tiada kenaikan harga yang tidak munasabah terutama selepas penyasaran diesel bersubsidi.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, sehingga kini pihaknya tidak mengesan sebarang kenaikan harga mendadak ataupun pencatutan.


"Sebelum penyasaran subsidi dimumkan KPDN telah membuat pra-operasi Ops Kesan 2.0 pada 2 Mei.


"Kita telah mengumpul harga dan sebelum penyasaran diesel untuk membandingkan harga naik ataupun tidak, sehingga semalam kita dapati 21, 038 premis telah dikesan bagi memantau kenaikan harga tidak munasabah," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Selain itu, mengulas soalan tambahan Senator Hussin Ismail mengenai langkah-langkah menangani kenaikan harga barang, Fuziah berkata, tugas KPDN adalah mengawal aktiviti pencatutan dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.


"KPDN memastikan tiada elemen pencatutan atau kenaikan kenaikan harga secara tidak munasabah. Turun naik itu biasa, kita tak boleh kawal semua dalam pasaran terbuka. Kalau kita kawal semua, pengeluar mungkin tidak mahu langsung mengeluarkan bahan berkenaan.


"Tetapi KPDN juga mesti pastikan bekalan itu ada, bukan setakat mengawal harga. Jadi dalam pasaran ekonomi terbuka kita mesti pastikan ada bekalan dan juga harga terkawal," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page