top of page

KPDN periksa 2,000 gerai Bazar Ramadan, peniaga tidak pamer harga jualan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17
  • 2 min read

Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh sering melakukan pemeriksaan harga di Bazar Ramadan
Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh sering melakukan pemeriksaan harga di Bazar Ramadan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,000 gerai di Bazar Ramadan dalam Ops Pantau 2025 di sekitar Kuala Lumpur sejak awal Ramadan dengan mendapati masih terdapat peniaga tidak mempamerkan tanda harga pada barangan jualan mereka.


Kementerian dalam kenyataan berkata pemantauan dilaksanakan antaranya ke atas bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, halal dan penjualan barangan keperluan Aidilfitri.


"Tahap pematuhan berkaitan tanda harga adalah baik, namun didapati masih ada segelintir peniaga yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan sehingga diberi teguran oleh anggota penguat kuasa yang bertugas membuat rondaan pemeriksaan," kata kenyataan itu.


Ops Pantau dilaksanakan oleh 99 anggota penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur di 40 lokasi Bazar Ramadan dan dua Bazar Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Kenyataan itu berkata pemantauan mendapati para peniaga masih mengekalkan harga jualan pada 2024, namun terdapat beberapa juadah menunjukkan kenaikan harga seperti makanan berasaskan daging atau kambing, air balang pelbagai perisa dan kuih-muih.


"Kenaikan harga ini boleh berlaku sekiranya berlaku kenaikan atau perubahan kos dan sebagainya," ujarnya.


Dalam pada itu, KPDN mengingatkan pengguna agar memastikan tanda Harga barangan jualan sebelum membuat pembelian


"Pengguna dinasihatkan untuk merancang perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.


"Elakkan membeli barangan atau juadah yang tiada tanda harga atau memaparkan harga mengelirukan kerana ini adalah ciri-ciri awal manipulasi harga boleh

berlaku," katanya.


Tambahnya orang ramai juga perlu mengelakkan daripada menjadi mangsa pembelian pada harga yang tidak munasabah dengan barangan atau juadah yang dijual.


Dalam pada itu, kenyataan itu berkata sepanjang Ramadan ini, hanya empat aduan melibatkan bazar Ramadan yang direkodkan oleh KPDN Kuala Lumpur dalam sistem eaduan.


"Tiga daripadanya adalah melibatkan video viral melibatkan air limau harga RM10, bihun sup harga RM20 di Bazar Ramadan Jalan TAR dan kuih apam talam (tambah kelapa parut RM2) di Bazar Ramadan TTDI.


"Siasatan anggota penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur mendapati, selepas video air limau harga RM10, bihun sup harga RM20 di Bazar Ramadan Jalan TAR tersebut tersebar, peniaga haram tersebut tidak lagi berniaga di lokasi tersebut.


"Peniaga apam talam di Bazar Ramadan TTDI tidak beroperasi pada hari ini," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page