top of page

KPDN pastikan kelangsungan bekalan keperluan asas Orang Asli



Kerajaan MADANI melalui kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan masyarakat luar bandar termasuk Orang Asli di Semenanjung serta Orang Asal di Sarawak dan Sabah tidak terputus bekalan keperluan asas.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, pihaknya melaksana beberapa langkah bagi tujuan itu termasuk dengan melaksana Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu.


Melalui inisiatif itu masyarakat terbabit jelasnya dapat membeli pelbagai barang dengan harga rendah berbanding pasaran.


"Saya dapat tahu, sambutan diterima sangat baik, barang yang dijual juga lebih rendah 30 hingga 40 peratus daripada harga pasaran," katanya dipetik.


Fuziah berkata begitu semasa merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia (SHOAS) 2024 di Kampung Pos Iskandar di Bera, Pahang pada Sabtu.


Sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli serta mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka dalam isu-isu dunia seperti perlindungan alam sekitar.


Selain Jualan Rahmah, sambutan tersebut turut diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli dan Borneo serta pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu menurut Fuziah, selain memastikan bekalan keperluan asas tidak terputus, kerajaan juga fokus memastikan harga barangan keperluan asas yang dibeli oleh golongan berkenaan terkawal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page