KPDN giat penguatkuasaan kekang penyeludupan menjelang musim perayaan
- Suara Keadilan
- Mar 9
- 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan barang bersubsidi negara terutama menjelang musim perayaan ini.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain kerana ia melibatkan sempadan negara.
"Kita aktifkan kerjasama di setiap agensi yang berkaitan khususnya dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang melakukan kawal selia sempadan.
"Rrisiko memang ada berlaku penyeludupan dan penyelewengan, jadi kita tingkatkan Ops Pantau dan Ops Tiris di sempadan bagi mengekang sebarang akitiviti penyeludupan dan ketirisan," katanya dipetik.
Beliau sebelumnya menyempurnakan program SIM@PAX Hari Raya Aidilfitri Serta Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di Dewan Terbuka Tapak Tamu Mingguan Papar.
Media sebelum ini melaporkan kejayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau yang berjaya mengekang percubaan ke menyeludup barangan bersubsidi ke negara jiran.
Dalam dua operasi berasingan yang dilakukan Selasa lalu,agensi penguatkuasaan itu berjaya menahan dua bot kargo yang membawa lebih tujuh tan barang bersubsidi tanpa permit dan merampas barangan bersubsidi dianggarkan bernilai RM41,000.
Comments