top of page

KPDN buka rayuan, perluaskan SKDS kepada golongan layak



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan sedang menambah baik Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) agar lebih menyeluruh kepada golongan yang layak menerima manfaat berkenaan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pemberian subsidi kini tidak terhad kepada 33 jenis kenderaan diesel, sebaliknya kerajaan terbuka untuk memperluaskan subsidi bersasar tersebut bagi mengawal rantaian pengedaran yang boleh mempengaruhi kenaikan harga barang.


"Dari segi pelaksanaan walaupun hanya 33 jenis mendapat manfaat subsidi tetapi kita mempunyai Jawatankuasa Rayuan untuk mempertimbangkan kes-kes khas tentang keperluan memberikan (subsidi) yang layak termasuk kepada kenderaan roro di kawasan petani dan pekebun sawit kecil.


"Jadi sekiranya ia terkait maka kerajaan akan mengemukakan pelan mitigasi dan intervensi untuk membantu, saya amat mengalu-alukan ‘any specific case’ supaya kita dapat kaedah terbaik untuk santuni mereka yang memerlukan


"Manakala dari segi rantaian pengedaran kita akan pantau jika berlaku kenaikan barangan maka kita akan panggil untuk dapatkan justifikasi punca kenaikan tersebut," katanya menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) di Dewan Rakyat, hari ini.


Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahukan penjelasan berhubung kelambatan pengeluaran fleet card SKDS, Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan lima syarikat minyak untuk mempercepat proses pengeluaran kad tersebut selain memohon syarikat minyak melaksanakan penggunaan kad tunai.


"Memang saya akui ada masalah dari segi kelewatan pengeluaran fleet card oleh syarikat-syarikat minyak dan kita meneruskan (sesi) libat urus dengan syarikat-syarikat minyak untuk memastikan lebih cepat dikeluarkan.


"Selain daripada membayar balik, kita dan Kementerian Kewangan juga mempermudahkannya. Kita juga meminta syarikat minyak sekarang melaksanakan penggunaan cash card (kad tunai) sementara menunggu kad itu dikeluarkan.


"InshaAllah kita ambil maklum kekhuatiran YB dan sedikit kerumitan yang dihadapi oleh pengguna disebabkan isu fleet card ini.


"Dalam masa sama, kita juga akan terus bekerjasama rapat dengan kelima-lima syarikat minyak untuk mempercepat pengeluaran fleet card," ujarnya lagi.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page