top of page

KPDN akan pertimbang rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil perhatian keluhan kesah segelintir pengusaha trak penunda kenderaan berhubung subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, pihaknya akan meneliti dan menimbang pandangan dilontar penguasa trak berkenaan.

"Kita maklum tentang isu dan ketika ini sesi libat urus secara berterusan dilakukan bagi meneliti permohonan yang diterima.


"Andai kumpulan ini membuat rayuan, kita akan teliti dan minta Jawatankuasa Khas lihat rayuan tersebut," katanya dipetik.


Pengusaha trak penunda kenderaan pada Selasa menggesa kerajaan mempertimbangkan perkhidmatan berkenaan dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel bawah SKDS.


Persatuan Trak Tunda dan Pengangkutan Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) mendakwa sejak penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun, kos operasi mereka naik sekali ganda susulan peningkatan harga diesel kepada RM3.35 seliter daripada RM2.15.


Persatuan itu mendedahkan pihaknya hanya boleh mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM150 bagi 1km hingga 10km, namun peningkatan kos menyebabkan mereka tidak lagi mampu patuh kepada pekeliling itu.


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mendakwa sektor pembinaan dan syarikat perkhidmatan termasuk penunda kenderaan dikesan antara pihak menyalah guna diesel subsidi tahun lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page