top of page

Kos sara hidup: 'Jangan ambil data ekonomi tepi jalan' - Hasbie Muda



Oleh: Abdullah Zaid


Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Senator Mohd Hasbie Muda mengingatkan pihak pembangkang untuk tidak menggunakan kajian atau dapatan ekonomi secara semberono dalam menghasilkan propaganda mengabui rakyat.


Katanya, bagi mengukur kadar inflasi misalnya, kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sewajarnya diambil sebagai rujukan rasmi bagi mencapai indikator yang tepat.


"Soal ekonomi kita tidak boleh ambil data-data yang dipungut di tepi jalan, sebaliknya kita harus melihat secara keseluruhan.


"Sebagai contoh, ketika Perdana Menteri mengambil alih keadaan inflasi kita ketika itu sangat tinggi (4%). Inflasi Makanan dan Minuman (7.3%).


"Tetapi sekarang kalau kita rujuk semula DOSM, inflasi turun (1.9%) dan Inflasi makanan dan minuman, jatuh kepada (3.3%) lebih daripada separuh.


"Jadi untuk mendapatkan data inflasi yang betul kita perlu keabsahan setiap maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara menyeluruh," katanya dalam Program Berani Semuka bertajuk ‘Survival Ekonomi: Rakyat Lega Atau Terhimpit?’ yang dianjurkan oleh Sinar Harian, malam tadi.


Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan dikendalikan oleh moderator, Amin Idris.


Selain itu, bagi memulihkan ekonomi negara, Hasbie berkata, kerangka ekonomi MADANI dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) serta Belanjawan 2024 adalah ikhtiar kerajaan pada ketika ini untuk memperkasakan semula kehidupan rakyat.


"Selain penurunan inflasi, kadar pengangguran masih lagi rendah.


"Ia menunjukkan bahawa kejayaan kecil kerajaan dalam menanggani perkara ini dan memberi isyarat kita berada di landasan yang betul (dalam pentadbiran)," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page