top of page

Kos pembangunan, operasi PADU selama 2 tahun RM85 juta



Kos pembangunan dan pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) termasuk belanja untuk mengupah kakitangan tambahan, bayaran iklan dan lain-lain selama dua tahun mencecah kira kira RM85 juta.


Hal itu menjawab tohmahan laskar siber pembangkang sebelum ini kononnya PADU walaupun dibina oleh kakitangan kerajaan tanpa menggunakan kontraktor luar tetap menelan belanja hampir mencecah RM100 juta.


Menurut Menteri Ekonomi yang menjawab soalan Ahli Parlimen Tan Hong Pin (PH-Bakri), kos keseluruhan pembangunan dan pelaksanaan sistem PADU bagi tempoh tiga tahun pelaksanaan, bermula 2023 hingga 2025 dianggarkan menelan kos sebanyak RM85.27 juta.


"Kos ini merangkumi perkakasan dan perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perkhidmatan ICT, semakan dan verifikasi serta publisiti dan komunikasi strategik.


"Di samping itu, peruntukan ini juga adalah bagi pengoperasian pendaftaran pengguna secara dalam talian dan fizikal, di mana sejumlah RM27 juta telah diperuntukkan.


"Kos pengoperasian pendaftaran pengguna melibatkan pembayaran elaun lebih masa petugas, perbelanjaan perjalanan dan sara hidup termasuk pengambilan personel MyStep," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan pada sesi Dewan Rakyat 11 Julai lalu.


Kementerian Ekonomi dalam kenyataan itu turut mengharapkan komitmen semua pihak dan sokongan rakyat dalam sistem penyampaian perkhidmatan serta usaha Kerajaan dalam mengurangkan ketirisan itu bakal dicapai dengan mendapat kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kesedaran kepada rakyat.


Untuk rekod, PADU merupakan repositori data utama profil individu dan isi rumah yang selamat, komprehensif dan menghampiri masa sebenar.


Pembangunan sistem PADU tersebut merupakan manifestasi usahasama pelbagai kementerian dan cerminan pemahaman menyeluruh penjawat awam terhadap usaha pendigitalan Kerajaan dan pengoptimuman penggunaan sumber.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page