top of page

Kos lawatan PM tidak dibiayai syarikat swasta, ditanggung kerajaan



Oleh: Akmal Manaf


Kos lawatan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru-baru ini tidak dibiayai mana-mana syarikat, sebaliknya ditanggung oleh pihak kerajaan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan, jumlah kos penerbangan sewaan khas pesawat Malaysia Airlines jenis Airbus A350 itu berjumlah RM6.162 juta.


''Kos yang telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi adalah berjumlah RM1.662 juta bersamaan 27 peratus daripada kos keseluruhan.


''Manakala delegasi perniagaan pula membayar 73 peratus daripada jumlah tersebut atau bersamaan RM4.5 juta.


''Delegasi perniagaan yang telah menyertai lawatan berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat mereka sekali gus mencerminkan minat kukuh syarikat Malaysia terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di negara dan juga rantau yang telah dilawati itu,'' katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.


Sehubungan itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan, tidak timbul isu bahawa penginapan, makan dan minum serta kos penerbangan ditanggung oleh syarikat swasta.


Beliau berkata, syarikat-syarikat yang mengikuti lawatan tersebut mempunyai niat bagi tujuan pelaburan di negara-negara dilawati.


Malah katanya, penggunaan pesawat sewa khas oleh pihak kerajaan mendapati, ada penjimatan lebih RM900,000 jika dibandingkan dengan pesawat sedia ada yang jumlah kosnya akan mencecah RM2.5 juta


''Maksudnya ada penjimatan lebih daripada RM900,000, tetapi pihak kerajaan tetap mengeluarkan kos sebanyak RM1.662 juta.


''Bagi urusan sama ada penginapan, makanan, pengangkutan.. semua itu diuruskan oleh pihak kerajaan atau penganjur seperti APEC atau G20,'' jelas beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page